MPL TALK MALAYSIA S17 WEEK 7 : VAMOS BELI HOST!
Todak Gaming ยท May 19, 2026
Trending In
Description
Minggu ketujuh MPL MY Season 17 hadir dengan pelbagai kejutan ketika saingan menuju ke playoffs semakin sengit. Antara momen terbesar minggu ini ialah apabila pasukan gergasi MPL Malaysia, Selangor Red Giants, tewas 2-0 kepada Vamos. Kekalahan tersebut mengejutkan ramai pihak, lebih-lebih lagi ketika SRG dilihat masih bergelut untuk menyesuaikan diri tanpa EXP Laner mereka, Kram. Dalam masa yang sama, beberapa pasukan yang sebelum ini mula menunjukkan momentum positif turut mengalami penurunan prestasi secara tiba-tiba, menjadikan perebutan slot playoffs semakin sukar diramal. RRQ pula masih berada dalam situasi lose streak, walaupun berjaya mencuri satu kemenangan ketika menentang Flash. Namun begitu, kedudukan mereka ke playoffs masih belum benar-benar selamat. Sementara itu, Invictus Gaming yang dikenali sebagai dark horse MPL MY Season 17 terus mencuri perhatian dan kini semakin hampir untuk mengukuhkan peluang mereka ke upper bracket playoffs. Saksikan perbincangan penuh bersama Abang Lord, Nevinne, Coach Rain, Sunfrost, dan Mars dalam episod terbaru MPL Talk Malaysia Week 7. Jangan lupa Like, Comment & Subscribe untuk lebih banyak content MPL Talk setiap minggu. #MPLMY #MPLMYS17 #MPLTalk #Todak #MobileLegends